About

Nama saya Mohd Fazry Md Noor. Seorang tukang ambil gambar separuh masa.

Minat terhadap fotografi bermula semenjak kecil lagi cuma tak berkemampuan hendak membeli kamera. Apabila dikenang semula, perkara pertama yang saya beli selepas mula bekerja ialah sebuah video kamera. Saya beli untuk merakam video majlis perkahwinan salah seorang kawan baik saya. Salah satu sebab utama beli video kamera itu ialah kerana ia ada dwifungsi, video dan kamera digital 2 Megapixel.

Bermula dari situ saya telah mula berjinak-jinak dengan dunia videografi dan fotografi. Kemudian saya letakkan gambar-gambar saya di fotopages. Saya sendiri tak ingat berapa banyak ‘entry’ dengan gambar-gambar dari kamera video saya. Kerana saya ada video kamera, ada rakan-rakan saya yang meminta saya mengambil video perkahwinan mereka. Di situ saya mula berjumpa dengan jurugambar perkahwinan yang membuat liputan majlis perkahwinan rakan-rakan saya.

Perkara pertama yang saya buat ialah membandingkan gambar saya dengan gambar jurugambar perkahwinan tersebut. Mulanya saya sangka mesti sama saja, dia kamera digital, aku kamera digital (walaupon sebenarnya saya guna video kamera yang ada fungsi kamera digital).

Betapa melesetnya sangkaan saya. Perbezaannya begitu besar dari segi kualiti gambar. Gambar yang diambil dengan kamera DSLR jurugambar tersebut jauh lebih cantik dari segi warna, kecerahan dan lain-lain. Saya cuba bandingkan sekali lagi dengan kamera ‘handphone’ dan kamera point n shoot biasa. Sama juga hasilnya.

Kualiti gambar kamera DSLR jurugambar perkahwinan jauh lebih cantik!!!

Dari situ bermulalah pencarian dan pembelajaran saya dalam bidang fotografi. Pada tahun awal 2008 (baru lagi) setelah mengumpul wang yang mencukupi, saya pon membeli sebuah kamera DSLR. Semenjak itu, saya telah pergi ke beberapa bengkel fotografi berbayar dan percuma, mengikut rakan-rakan jurugambar perkahwinan ketika mereka membuat liputan majlis perkahwinan dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan fotografi. Semua kerana minat dan kerana mahu menghasilkan gambar yang terbaik demi kepuasan saya dan bakal pelanggan.

Kalau anda suka atau merasakan gambar saya sudah cukup baik untuk anda dan anda memerlukan perkhidmatan saya, jangan segan untuk menghubungi saya.

Untuk sebut harga, sila email kepada superyrzaf(at)hotmail.com atau sms ke kosong satu dua 734 16 93

Blog saya http://superyrzaf.blogspot.com/